Lebih Kaya Nutrisi

Bebas Neurotoksin
Toksin boleh memusnahkan sel otak
dan sel saraf. Organophosphates adalah racun perosak yang biasa digunakan
dicipta semasa Perang Dunia Pertama. Apabila perang tamat, bahan ini digunakan
untuk membunuh makhluk perosak.
Membantu Pembesaran Tubuh dan
Otak Kanak-kanak
Perkembangan tubuh dan otak
kanak-kanak mudah mengalami rencatan oleh toksin berbanding orang dewasa. Dengan
memilih makanan organic dapat membantu pertumbuhan badan disamping mengelak
pendedahan terhadap racun perosak dan organism yang telah diubah genetiknya.
Ia Adalah Makanan Sebenar, Bukan
Dari Kilang Racun Perosak
18% dari biji benih yang telah
diubah secara genetik akan mengeluarkan racunnya sendiri. Kajian menunjukkan
biji benih ini akan terus mengeluarkan racun di dalam tubuh kita sebaik kita
memakannya.
Pencemaran Racun Perosak
Agensi Perlindungan Alam Sekitar
Amerika Syarikat (EPA) menganggarkan pencemaran racuk perosak merosakkan sumber
air minuman bagi separuh penduduk Amerika. Perladangan organik adalah
penyelesaian terbaik kepada masalah ini. Membeli makanan organic membantu
mengurangkan pencemaran air.
Makanan Organik Membantu Dunia
Penanaman makanan organik pada
skala kecil dapat menjadikan sesebuah keluarga perladangan bebas dan ceria.
Lebih Sedap
Kebanyakan makanan organik adalah
lebih sedap berbanding yang ditanam secara komersil.
Sayuran dan Buah-buahan Tidak DiMasakkan Menggunakan Asap
Sesetengah
buah-buahan tidak organik di’masak’ supaya cepat dituai (contohnya
pisang). Kaedah ini memang akan mempercepatkan sayuran dan buah-buahan
tersebut cepat ranum namun asap tersebut akan menyerap ke dalam sayuran
dan akan memasukkan toksin ke dalam tanaman tersebut
Ladang Organik Adalah Selamat
Kepada Pekerja Ladang
Kajian oleh Kajian Kesihatan Awam
di Universiti Havard mendapati peningkatan 70 peratus yang mengidap Parkinson
akibat pendedahan kepada racun perosak. Dengan perladangan organic, lebih ramai
orang boleh bekerja tanpa perlu risau dihinggapi pelbagai penyakit kronik.
Makanan Organik Membantu Haiwan
Liar
Walaupun dengan hanya racuk
perosak biasa, haiwan liar tetap diancam dengan teruk.
Pengambilan Organik Boleh
Mengurangkan Risiko Kanser
Agensi Perlindungan Persekitaran
Ameri Syarikat (EPA) mengatakan 60% herbicides, 90% fungicides dan 30%
insecticides berpotrensi menghudupkan kanser.
Memakan Daging Organik
Memilih daging organik dapat
mengurangkan pendedahan kepada antibiotik, hormone sintetik dan dadah. Cara penanaman organik dapat
mengelakkan unsure-unsur tersebut dari masuk ke tubuh kita.
Makanan Organik Telah Diuji dan
Dicuba
Sesetengah menganggarkan bahawa
makanan yang telah diubah secara genetik masih lagi di dalam kajian. Elakkan
diri dari menjadi sampel untuk mengujiduga makanan tersebut.
Makanan Organik Menyokong
Kepelbagaian Biologi
Kepelbagaian adalah asas kepada
kehidupan di planet ini. Makanan tak organic dan yang diubah genetiknya
cenderung kepada penghasilan yang banyak, satu jenis saja dan melenyapkan
kepelbagaian
Michelle Schoffro Cook, MSc,
RNCP, ROHP, DNM, PhD adalah doktor dan penulis terlaris, telah menulis 11 buah
buku termasuk The Vitality Diet, Allergy-Proof, Arthritis-Proof, Total Body
Detox, The Life Force Diet, The Ultimate pH Solution, The 4-weeks Ultimate Body
Detox Plan dan Phytozyme Cure.
Rahsia Ingin Mendapatkan Umur Yang Panjang
Rahsia Ingin Mendapatkan Umur Yang Panjang